News

Hospital Picaso anjur PROMISE 2025, perkukuh peranan Malaysia dalam pembedahan robotik

September 30, 2025

Share This News:

Promise 2025 - The Future of Medicine is Digital(Dari kiri ke kanan) Perunding Urologi Hospital Picaso, Datuk Dr Loh Chit Sin dan Dr Fam Xeng Inn; dan Perunding Urologi Singapore General Hospital, Dr Henry Ho bergambar bersama dengan peserta antarabangsa dan perubatan profesional pad ahari hari kedua Picaso Robotic & MIS Exchange 2025.

PETALING JAYA: Hospital Picaso berjaya menganjurkan Picaso Robotic & MIS Exchange 2025 (PROMISE) kali kedua, persidangan antarabangsa tiga hari yang menghimpunkan lebih 100 pakar bedah dari dalam dan luar negara setiap hari.

Program itu menampilkan demonstrasi pembedahan robotik secara langsung termasuk reseksi anterior, pembaikan hernia, prostatektomi, nefrektomi separa, histerektomi serta pembedahan endometriosis. Ia melibatkan kepakaran pelbagai disiplin seperti urologi, pembedahan am, ginekologi dan kolorektal.

Selain Malaysia, pakar bedah dari Singapura, Korea, China, Filipina, Thailand dan Amerika Syarikat turut menyertai sesi berkenaan, sekali gus berkongsi amalan serta inovasi terkini dalam pembedahan robotik.

Peserta juga terbabit dalam perbincangan berkaitan aspek kualiti, keselamatan dan akreditasi dalam pembedahan berteknologi tinggi itu.

Pengerusi Penganjur merangkap Perunding Urologi, Dr Fam Xeng Inn, berkata pembedahan invasif minimum dan robotik semakin diterima pakai di seluruh dunia kerana keberkesanannya mempercepatkan proses pemulihan pesakit.

"Misi Hospital Picaso bukan sekadar memperkenalkan teknologi, sebaliknya memastikan setiap inovasi membawa rawatan lebih selamat, berkesan dan berperikemanusiaan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Saintifik, Datuk Dr Loh Chit Sin, menyifatkan PROMISE sebagai platform unik untuk pakar bedah berkongsi pengetahuan dan memperhalusi teknik pembedahan bersama fakulti antarabangsa.

"Kerjasama ini bukan sahaja memperluaskan ilmu, malah memastikan amalan pembedahan yang lebih selamat dan berkualiti dapat dilaksanakan demi kepentingan pesakit," katanya.

Hospital Picaso turut berhasrat muncul sebagai hab latihan serantau dalam bidang pembedahan robotik dan invasif minimum, dengan menekankan kerjasama antarabangsa, pembangunan profesional berterusan serta inovasi berpusatkan pesakit.

Persidangan itu turut mendapat sokongan Kolej Pakar Bedah Malaysia (Cawangan Pembedahan Invasif Minimum), Persatuan Urologi Malaysia, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM), Advanced MIS, Robotic & Ablation Society of Gynaecologists Malaysia (AMRAS) dan Persatuan Pakar Bedah Kolorektal Malaysia.

Antara pakar antarabangsa yang hadir termasuk Dr Li Hong Zhao dan Dr Zhang Peng dari Beijing, Dr Henry Ho serta Dr James Ngu Chi Yong dari Singapura, Dr Arnold P Advincula dari New York; Dr. Jennifer Marie B Jose dari Filipina serta Datuk Dr Abd Aziz Yahya dari Kuala Lumpur.

Turut menjadi tumpuan ialah Prof Dr Kim Seon Hahn dari Korea, pelopor pembedahan reseksi robotik, bersama Dr Chong Hoong Yin dari Malaysia yang diiktiraf dalam bidang pembedahan kolorektal robotik

Kejayaan penganjuran PROMISE 2025 sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai platform utama pakar bedah robotik dan invasif minimum untuk berhubung, berkongsi kepakaran serta memajukan bidang pembedahan di peringkat serantau dan global.

Source

Hospital Picaso anjur PROMISE 2025, perkukuh peranan Malaysia dalam pembedahan robotik (Berita Harian, 30 September 2025)

Back

Consult Our Dedicated Specialists Today!

Decades of experience under their belt — at your service just a few clicks away.

Book Appointment Contact Us
Consult our dedicated specialists today!