News

Orang muda hidap kanser meningkat, pakar ingatkan peka kesihatan diri

April 30, 2025

Share This News:

Panel perbincangan ‘Pioneering Multi Disciplinary Cancer Management Execellence’ (dari kiri) moderator, Marc Ng, Dr Tan Chin King, Dr Mastura Md Yusof, Dr Fam Xeng Inn dan Dr Ummi Affah Mohamed di Hospital Picaso, baru-baru ini. - Foto NSTP/Amirudin Sahib

 

TREND peningkatan jumlah pesakit kanser bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah fenomena global membimbangkan, khususnya dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara.

Pakar Perunding Urologi dan Pakar Bedah Laparoskopik, Hospital Picaso, Dr Fam Xeng Inn, berkata kesedaran dalam kalangan orang muda terhadap simptom awal penyakit amat penting kerana kanser tidak lagi hanya menyerang golongan berusia.

TREND peningkatan jumlah pesakit kanser bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah fenomena global membimbangkan, khususnya dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara.

Pakar Perunding Urologi dan Pakar Bedah Laparoskopik, Hospital Picaso, Dr Fam Xeng Inn, berkata kesedaran dalam kalangan orang muda terhadap simptom awal penyakit amat penting kerana kanser tidak lagi hanya menyerang golongan berusia.

"Ini adalah trend sedunia, orang muda perlu lebih sedar mengenai keadaan kesihatan mereka.

"Dulu kita fikir umur 30 tahun tidak mungkin ada kanser, tapi itu tidak benar," katanya pada sesi panel perbincangan 'Pioneering Multi Disciplinary Cancer Management Execellence' di Hospital Picaso di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Panel perbincangan itu diadakan sempena pelancaran Pusat Rawatan Kanser Hospital Picaso yang menawarkan penjagaan pesakit kanser lebih efektif di bawah satu bumbung.

Pusat kanser berkenaan menghimpunkan semua perkhidmatan penting di bawah satu bumbung yang merangkumi saringan awal, pengimejan diagnostik, rundingan pakar, pembedahan berteknologi tinggi serta rawatan susulan.

Dr Fam Xeng Inn berkata, sikap mengambil ringan terhadap gejala awal penyakit boleh membawa padah, kerana kanser boleh berkembang tanpa disedari jika tidak dikesan awal.

"Jika anda mengalami sakit atau simptom tertentu, lakukan pemeriksaan segera.

"Jangan fikir ia tidak akan berlaku kepada anda, kanser boleh melarat dan menjadi lebih serius," katanya.

Sementara itu, Pakar Perunding Onkologi Hospital Picaso, Dr Mastura Md Yusof, berkata ketika ini saringan untuk mengesan kanser lebih efektif dan ramai orang muda yang mempunyai kesedaran untuk tampil melakukan saringan kesihatan lebih awal.

"Oleh sebab itu kita dapat kesan lebih banyak kes-kes kanser apabila lebih ramai yang tampil melakukan saringan kesihatan.

"Selain itu, gaya hidup masyarakat ketika ini yang kurang bersenam, tidak menjaga pemakanan dan berat badan, serta merokok juga menyumbang kepada masalah kanser," katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan masyarakat, ketakutan terhadap kos rawatan tinggi tidak seharusnya menjadi penghalang untuk mendapatkan diagnosis awal.

"Bagi masyarakat biasa, membuka pusat rawatan kanser mungkin dilihat sesuatu yang mahal dan menakutkan. Namun, rawatan awal dan diagnosis awal jauh lebih penting," katanya.

Beliau berkata, pengorbanan kecil seperti mendapatkan konsultasi atau pemeriksaan awal mampu mengelakkan penderitaan lebih besar di masa hadapan.

"Lebih baik mengeluarkan kos rawatan pada peringkat awal daripada membiarkan kanser melarat hingga menjadi kronik. Ini adalah pelaburan kesihatan yang tidak ternilai.

"Pesakit kini boleh memilih rawatan atau prosedur yang lebih baik, kurang komplikasi, dan membolehkan mereka kembali kepada kehidupan normal dengan kualiti hidup yang baik," katanya.

Jelas beliau, kejayaan dalam rawatan bukan sahaja bergantung kepada teknologi dan kepakaran, malah kerjasama antara pasukan perubatan dalam memastikan keputusan terbaik dibuat bagi setiap pesakit.

Menurut Pakar Radiologi dan Radiologi Intervensi, Hospital Picaso, Dr Basri Johan Jeet Abdullah, rawatan radiologi tepat akan membantu mengenal pasti pesakit yang sesuai untuk prosedur intervensi, memantau tindak balas mereka terhadap terapi sistemik dan menyediakan biomarker pengimejan yang menyokong pengubahsuaian rawatan awal.

Katanya, semua elemen ini akan menyumbang kepada peningkatan proses rawatan klinikal yang tepat, seterusnya membantu meningkatkan hasil rawatan.

"Dengan kombinasi inovasi dan integrasi, ia bukan sahaja mampu menangani peningkatan kadar kanser di Malaysia tetapi juga meningkatkan pendekatan negara dalam proses rawatan kanser.

"Ini akan menyumbang kepada hasil penjagaan kesihatan yang baik dan kualiti hidup lebih tinggi untuk pesakit," katanya.

Sources

Berita Harian | Kosmo!LumiNews

Back

Consult Our Dedicated Specialists Today!

Decades of experience under their belt — at your service just a few clicks away.

Book Appointment Contact Us
Consult our dedicated specialists today!